Baru 14 Jam Buka Akaun TikTok, Johnny Depp Dah Raih 7 Juta Pengikut!

Entertainment
8 Jun 2022 • 1:37 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Selepas seminggu menang kes saman terhadap bekas isterinya Amber Heard, pelakon filem Pirates Of The Caribbean telah membuatkan para peminat dari seluruh dunia teruja selepas Johnny Depp dikatakan membuka akaun TikTok miliknya.

 

“Kepada semua penyokong saya yang paling dihargai, setia dan tidak berbelah bahagi”

Dalam video pertama yang dimuat naik, video itu merupakan satu video ala montaj menunjukkan dirinya melambai peminat selepas keluar dari mahkamah serta bermain gitar di atas pentas dan menaip menggunakan mesin taip.

“Kepada semua penyokong saya yang paling dihargai, setia dan tidak berbelah bahagi. Kita telah ke mana-mana bersama, kita telah melihat segala-galanya bersama. Kita telah melalui jalan yang sama bersama. Kita melakukan perkara yang betul bersama, semuanya kerana anda mengambil berat.”

“Dan sekarang, kita semua akan maju bersama-sama. Anda, seperti biasa, majikan saya dan sekali lagi saya mengucapkan terima kasih tidak terhingga. Jadi, terima kasih dan salam cinta & hormat dari saya.”

@johnnydepp

To all of my most treasured, loyal and unwavering supporters. We’ve been everywhere together, we have seen everything together. We have walked the same road together. We did the right thing together, all because you cared. And now, we will all move forward together. You are, as always, my employers and once again I am whittled down to no way to say thank you, other than just by saying thank you. So, thank you. My love & respect, JD

♬ Stranger – Love Joys

Sepanjang tempoh artikel ini ditulis, akaun TikTok @johnnydepp ini dibuka dan video ini dimuat naik berdurasi 14 jam.

Dalam tempoh sesingkat itu, pelakon yang juga terkenal dalam filem Alice In The Wonderland ini telah meraih seramai 7 juta pengikut!

Menurut mStar Online, ia mungkin kerana video perbicaraan yang berlangsung selama enam minggu sering menjadi trending di aplikasi tersebut dan ramai peminatnya menggunakan TikTok untuk menyuarakan sokongan.

Dia juga menyiarkan semula video TikTok di akaun Instagramnya, yang mempunyai 24.7 juta pengikut dan Facebooknya yang mempunyai 13 juta pengikut.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.