MPHS sita premis kendali sisa pakaian lusuh tepi sungai

2 Jun 2022 • 10:45 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

HULU SELANGOR - [DIKEMAS KINI] Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) menyita sebuah premis yang menjalankan aktiviti mengumpul dan menjual sisa pakaian lusuh di Ladang Ulu Selangor, Rasa di sini tanpa kebenaran.

MPHS menerusi satu kenyataan memaklumkan, tindakan diambil kerana kegiatan tersebut berdekatan dengan jalan utama dan jaraknya dengan anak sungai kira-kira 150 meter hingga 200 meter yang berpotensi mengakibatkan pencemaran.

Menurut kenyataan tersebut, operasi dilaksanakan oleh 17 pegawai MPHS daripada pelbagai jabatan bersama dua anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

image is not available

"Siasatan mendapati premis berkenaan tidak mempunyai kelulusan atau kebenaran daripada mana-mana agensi dan gagal mengemukakan sebarang dokumen kepada MPHS.

"MPHS menyita sebuah lori treler dan sebuah eskavator yang digunakan di premis tersebut di bawah UUK3 & 38(1), Undang-Undang Kecil Tred, Perniagaan & Perindustrian MDHS (2007)," katanya pada Khamis.

Dalam pada itu, MPHS memaklumkan pemantauan terhadap aktiviti seumpamanya akan diteruskan dari masa ke masa.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved