(VIDEO) “2 Tandan Pun Jadi La..” – Lelaki ‘Kantoi’ Mencuri Kelapa Sawit Dikecam Netizen

10 Jun 2022 • 3:11 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tular di aplikasi TikTok, satu hantaran video oleh seorang pengguna dikenali sebagai Nazmi yang memaparkan tindakan seorang lelaki menaiki motosikal telah mendapat perhatian orang ramai.

Menerusi video tersebut, dilihat lelaki itu dengan selamba telah mengambil 2 tandan sawit yang berlonggok di tepi jalan.

Difahamkan, sawit yang diletakkan di tepi jalan itu merupakan milik pekebun yang sudah bersusah payah mengutip hasil.

image is not available

Penat lelah orang nyawit kau rembat gitu je eh.

Sehingga kini, video perkongsian itu telah berjaya meraih 1.2M tontonan, 42.2K tanda suka, dan 3.0K komen di aplikasi TikTok.

@abangbajak00

penat lelah orang nyawit ko rembat gitu je eak?

? original sound – RENTSUZ EDITZ – RENTSUZ EDITZ

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen cuba untuk bersangka baik dengan mengatakan lelaki itu mungkin sedang terdesak dan menghadapi kesusahan.

Mungkin anak-anak dia lapar tak ada makanan, angap sedekah je – Netizen.

Biarkan kesusahan dia anggap sedekah untuknya.. selebihnya untk kita insyaAllah rezeki lain untuk kita,” tulis seorang pengguna TikTok.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 24 jam lalu

(VIDEO) "Aku Respect Kau Bro" - Nampak Pekerja Bawa Anak Ke Tempat Kerja, Netizen Puji Majikan