
Perkahwinan memerlukan kepercayaan dan ketelusan, sentiasa jujur dengan pasangan kerana jika tidak ia bukan sahaja akan merosakkan rumah tangga tetapi ia juga boleh menyebabkan anak-anak trauma.
Begitulah yang terjadi kepada seorang lelaki di China apabila tiga orang anak yang dibesarkannya itu sebenarnya bukan anak kandungnya.
Lelaki berusia 45 tahun itu mahu menceraikan isterinya yang sudah 16 tahun bersama selepas mendapat tahu dia membesarkan tiga anak perempuan yang bukan hasil dari perkahwinan mereka.

Menurut laporan mothership.sg, lelaki yang bernama Chen itu sentiasa bekerja di luar kawasan untuk menyara keluarganya, tetapi dia tidak pernah mengesyaki isterinya berlaku curang kerana semasa berjauhan, mereka sentiasa berkomunikasi melalui telefon dan panggilan video.
Bagaimanapun, isterinya tiba-tiba berkata ingin bekerja di tempat lain, Chen kemudian menjejaki handphone isterinya dengan menggunakan GPS dan lokasi menunjukkan isterinya itu di sebuah hotel.
Keesokan paginya, dia menyaksikan sendiri isterinya bersama seorang lelaki check out daripada hotel tersebut. Pun begitu, Chen tetapi memaafkan isterinya dan berusaha untuk menjaga perkahwinan tersebut.
Anakku bukan anakku
Dalam masa yang sama, dia mendapatkan ujian paterniti yang kemudiannya mendedahkan anak bongsunya bukanlah anak kandungnya.
Disebabkan itu, Chen mengambil keputusan untuk melakukan ujian paterniti kepada dua anaknya yang lain dan terbukti kesemua anak-anak yang dibesarkannya itu bukan anaknya.
Difahamkan, bekas isterinya itu kemudian cuba dijejaki oleh media dan selepas dapat berhubung dengan wanita tersebut dia berkata ia perkara biasa kemudian dia juga mengkritik suaminya itu kerana menceraikannya.
“Saya tidak fikir saya menipu dia. Adakah paterniti biologi benar-benar penting? Pasangan yang mandul biasa mengambil anak angkat.
Sila cuba berempati dengan saya. Tiga kanak-kanak itu memanggilnya ‘ayah’ selama bertahun-tahun, tetapi kini dia berkata anak perempuan itu bukan miliknya. Apa beza dia dengan haiwan?” kata wanita itu.
Hmm, hati-hatilah pilih pasangan ye geng…
Baca: “Lo mati gue party” – Video Wanita Berjoget Di Sisi Suami Curang Terlantar Undang Perbalahan Netizen

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

