Jangan gelabah untuk dapatkan kad Enhanced TNG, ia bukanlah berguna seperti yang disangka

Digital
7 Jun 2022 • 1:30 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Seandainya anda berminat untuk dapatkan kad Enhanced TNG yang menyokong tambah nilai menggunakan telefon ber-NFC, di APP TNG eWallet ia masih menunjukkan notis yang ia masih ketiadaan stok.

image is not available

Namun, kalau anda pergi ke Shopee dan lakukan berkaitan, anda akan temui bersepah-sepah kad tersebut dijual. Malahan, kad yang boleh anda dapatkan tak terhad kepada warna Paddle Pop pelangi, tapia da macam-macam rekaan menarik.

image is not available

Yang tak menyenangkan adalah harga kad itu kalau anda beli daripada saluran rasmi adalah RM10 sahaja tapi di Shopee, anda perlu jauh lebih tinggi daripada itu. Paling rendah pun saya temui RM38 hingga RM77. Ada antara senarai itu mencatatkan ratusan jualan.

Apa sudah jadi?

Kad Enhanced TNG mula boleh dibeli umum awal April 2022 dulu walaupun penjualannya tidak diwar-warkan secara rasmi. Penjualannya sangat laris kerana ia ada fungsi boleh ditambah nilai menggunakan sensor NFC telefon pintar.

image is not available
Sebaiknya ada sistem prioriti sebegini untuk PayDirect, pengguna boleh susun mengikut keutamaan

Namun, saya dapati yang kad ini tidak berguna sekiranya anda menggunakan lebuh raya yang menyokong PayDirect disebabkan ia masih akan menolak baki TNG eWallet anda. Sepatutnya mereka membenarkan pengguna untuk menetapkan prioriti penolakan duit seperti tolak baki kad, kalau tak cukup barulah eWallet.

image is not available
Baki ratusan ringgit dalam kad, tapi bayaran masih diambil dari eWallet, itulah PayDirect

image is not available
Sistem lebuh raya ini mematikan terus fungsi tambah nilai kad TNG guna NFC

Sudahnya, sekarang anda kena tambah nilai dua-dua TNG eWallet dan kad TNG untuk keselamatan sebab tak semua sistem lebuh raya menyokong PayDirect.

image is not available

Dua situasi penggunaan kad Enhanced TNG yang berguna setakat ini adalah pengangkutan awam dan parking.