Hilang kad pengenalan atau pasport? Tak perlu beratur, buat laporan polis dalam talian di eReporting

1 Jun 2022 • 10:29 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Laporan polis perlu dilakukan apabila individu kehilangan kad pengenalan, pasport, kad ATM dan sebagainya. Tapi, memakan masa juga apabila perlu ke balai untuk lakukannya. Oleh itu, ada satu cara mudah untuk anda buat laporan. Ia boleh dilaksanakan secara dalam talian melalui portal e-Reporting.

Sistem ini disediakan PDRM, ia disediakan khas untuk orang ramai membuat laporan polis bagi kes kehilangan dokumen atau barang yang tidak berkaitan dengan jenayah. Penggunaannya terhad kepada warga Malaysia berusia 18 tahun ke atas. Buat masa ini, kemudahan eReporting adalah terhad kepada kejadian yang berlaku di kawasan Kontinjen Kuala Lumpur sahaja.

Laporan yang boleh dibuat di e-Reporting

Berikut merupakan jenis aduan dalam talian yang boleh dilakukan:

  • Hilang atau tercicir Kad Pengenalan
  • Hilang atau tercicir Pasport
  • Hilang atau tercicir Kad Kredit/ATM
  • Hilang telefon
  • Hilang laptop
  • Hilang cukai jalan
  • Pembantu rumah lari dari majikan

Cara buat laporan di e-Reporting

Jika anda ada terlibat dengan masalah di atas, berikut merupakan cara untuk lakukan laporan polis secara dalam talian:

  1. Layari sistem e-reporting
  2. Klik Daftar Pengguna dan isikan maklumat anda

image is not available

  1. Setelah selesai, anda akan dibawa ke halaman utama. Masukkan nombor ID dan kata laluan anda.
  2. Anda kemudian akan dibawa ke halaman seperti di bawah. Pilih jawapan yang sesuai dengan situasi anda.

image is not available

  1. Pada halaman lain, masukkan butiran kejadian dan keterangan kejadian itu

image is not available

  1. Anda akan dibawa ke halaman perakuan
  2. Seterusnya, anda akan terima salinan aduan melalui emel, cetak aduan itu
  3. Akhir sekali, bawa laporan polis tersebut ke agensi berkaitan

Mudah kan? Jadi kini, penduduk di Kuala Lumpur bolehlah buat aduan dengan cepat supaya kes anda juga dapat diselesaikan dengan segera. Tapi anda perlu tahu, jika laporan palsu dilakukan, anda mungkin berdepan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.