“Einstein pun surrender nak explain” – Netizen Tak Boleh ‘Brain’ Tengok Produk Penyembur Untuk Tidurkan Anak

Entertainment
6 Jun 2022 • 12:07 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Zaman sekarang, macam-macam produk yang kita jumpa yang kononnya boleh dijadikan penawar terhadap masalah yang dihadapi oleh seseorang itu. Ada yang mujarab dan ada juga tak logik akal.

Baru-baru ini, tular satu video di mana ada individu tunjuk testimoni satu alat penyembur yang dikatakan boleh melenakan anak kecil.

 

Lena dalam 3 minit?

Video yang asalnya dimuat naik di TikTok, dilihat ada individu semburkan kepada anak kecil yang sedang khusyuk melihat tablet dan terlena dalam masa 3 minit.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang begitu tertarik apabila melihat testimoni itu yang telah meraih lebih 2 juta tontonan dalam masa 22 jam.

Namun, apabila video itu dikongsikan semula di Twitter dan ia mengundang pelbagai reaksi netizen kerana memikirkan kesahihan produk itu.

Dalam pada itu, seandainya ia berkesan, ramai yang bimbang jika ada pihak tidak bertanggungjawab gunakan kesempatan ini untuk kanak-kanak lain.

 

Clorofom? – Netizen

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

Kalau lah berkesan, min nak pakai buat diri sendiri, dah lah susah nak tidur malam. Huhu

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.