Remaja 17 Tahun Curi RM26 Juta Duit Kerajaan Lepas Buka Pusat Ujian COVID-19 Palsu

Entertainment
4 Jun 2022 • 4:18 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang remaja di Jerman berusia 17 tahun didapati bersalah selepas membuka sebuah pusat ujian Covid-19 dan menipu kerajaan dengan wang tuntuan perubatan sebanyak €5.7 juta (kira-kira RM26 juta).

Menurut laporan Oddity Central, permintaan pemeriksaan Covid-19 adalah sangat tinggi hingga kerajaan sanggup membayar semula kos dari pusat-pusat ujian tertentu menerusi invois ketika pandemik Covid-19 berada di puncaknya pada 2020 lalu.

image is not available

Kebanyakkan pusat kesihatan swasta mendapat manfaat yang agak lumayan dari usaha ini, namun ada juga yang mengambil kesempatan dengan mengaut keuntungan tanpa menawarkan sebarang jenis perkhidmatan perubatan.

Ini termasuklah remaja tersebut yang membuka pusat ujian dan mengeluarkan invois ribuan ujian setiap hari untuk dituntut kepada kerajaan. Difahamkan remaja dari Freiburg, Jerman itu berjaya mengaut keuntungan hingga RM26.3 juta tanpa melakukan apa-apa kerja dan ‘pusat ujian’-nya tidak wujud sama sekali.

image is not available

Selepas kira-kira lebih 5,000 tuntutan dan menerima jumlah yang besar, perbuatan remaja itu berjaya dihidu oleh pihak bank pada Jun 2021 yang curiga dengan jumlah wang yang besar diterima dalam akaunnya dan menganggap ada berlakunya money laundering.

Pihak bank terpaksa melaporkan kecurigaan tersebut kepada pihak berkuasa dan akhirnya remaja terbabit ditahan dan ‘wang curi’ turut dirampas. Remaja itu juga dikenakan denda sebanyak RM7,000 dari perbuatannya itu.

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.