EU DIlaporkan Akan Meluluskan Perundangan Guna USB-C Untuk Telefon – Menamatkan Penggunaan Lightning Oleh Apple

TechnologyDigital
4 Jun 2022 • 11:30 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kesatuan Eropah dijangka akan bersetuju untuk perundangan menggunakan satu bentuk pengecasan bagi peranti telefon pintar, tablet dan juga fon kepala seawal 7 Jun ini – sekaligus akan membuatkan semua peranti yang dijual di benua Eropah menggunakan hanya satu bentuk pengecasan sahaja.

Bercakap mengenai telefon pintar, pada hari ini majoriti besar telefon Android menggunakan pengecas berasaskan USB-C, sementara hanya iPhone menggunakan pengecas berasaskan Lightning.

Perbincangan berkenaan meluluskan perundangan ini dijangka akan diadakan kali terakhi pada minggu hadapan, sebelum ia diluluskan dan diberikan tarikh implementasinya.

Selain telefon pintar, perundangan berkenaan juga dijangka akan diperluaskan untuk meliputi komputer riba.

Disamping itu, menurut Reuters, EU juga sedang melihat untuk hadir dengan piawaian selari untuk pengecasan nirwayar – menjelang 2025 kelak.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved