Basikal Futuristik Dicipta Oleh Seorang Warganegara Malaysia

4 Jun 2022 • 8:00 AM MYT
Saya Zuan
Saya Zuan

An avid toy collector who enjoys making videos, writing and travelling.

Image from: Basikal Futuristik Dicipta Oleh Seorang Warganegara Malaysia

Sumber: Paultan

Saya tak berapa minat berbasikal tetapi saya mempunyai beberapa kenalan yang menjadikan aktiviti berbasikal sebagai salah satu hobi dan memperbaiki kesihatan diri. Walaupun basikal-basikal mereka mahal, namun mereka sering memuji reka bentuk, rangka basikal yang ringan dan macam-macam lagi. Tetapi, sekiranya anda berpeluang menggunakan basikal reka bentuk futuristik, mahukah anda?

Sumber: Paultan

Basikal adalah salah satu rekaan manusia yang tidak banyak berubah walaupun ia sudah wujud di dunia semenjak abad ke-19. Bentuk dan diagram asas basikal seperti rangka, roda, pengayuh, tempat duduk dan pemegang tidak banyak bertukar semenjak basikal mulai diperkenalkan. Perbezaannya di zaman moden ini ialah lebih banyak perincian dibuat ke atas basikal dengan menggunakan teknologi dan bahan-bahan tertentu bagi menghasilkan basikal yang lebih sesuai dengan penggunaan pemiliknya.

Bagaimana jika terdapat basikal bereka bentuk futuristik yang berbeza daripada basikal kebiasaan di pasaran?

Alec Lim
Sumber: Twitter

Seorang warganegara Malaysia bernama Alec Lim ialah salah seorang daripada pengasas sebuah syarikat yang dinamakan Beno pada tahun 2016. Nama Beno adalah gabungan daripada dua perkataan iaitu “Be Innovative”. Sebelum Alec bergabung bersama untuk membuka syarikat Beno, Alec merupakan seorang graduan Kejuruteraan Pembuatan (Manufacturing Engineering) dan pernah bekerja dengan Motorola dan Keysight Technologies.

Tapi, mengapa Beno mencipta basikal eektrik sebagai ciptaan pertama mereka? Ini kerana, Alec juga minat berbasikal.

Sumber: Paultan

Idea untuk menghasilkan basikal elektrik (atau e-bike) tanpa hab yang dinamakan Reevo ini didatangi beberapa tahun lepas namun mereka tidak mendapat bantuan pinjaman atau geran daripada organisasi berkaitan. Berbekalkan prototaip yang dicipta Beno, mereka cuba mendapatkan bantuan kewangan melalui platform crowdfunding antarabangsa iaitu Indiegogo. Ramai orang berminat dengan idea syarikat Beno untuk menghasilkan basikal elektrik yang sesuai dengan penggunaan penunggang basikal urban dan moden. Dalam masa 15 minit sahaja, mereka berjaya mengumpul sejumlah RM28.4 juta — iaitu 200% lebih daripada jumlah sasaran mereka — dan wang tersebut digunakan untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) produk Reevo di ofis mereka di Seattle, Amerika Syarikat.

Apa yang menarik tentang basikal Reevo ialah ia menggunakan lithium ion dengan kuasa 10.5Ah, 48 volt bateri (sekaligus mengurangkan penggunakan karbon dan pencemaran persekitaran). Pada masa yang sama, ia tetap mempunyai kuasa yang tinggi dimana pengguna boleh mengayuh sehingga 40km/j sejauh 60km. Masa untuk caj bateri tersebut cuma 3 jam sahaja untuk penggunaan seeterusnya. Basikal tanpa hab ini juga membuatkan ia lebih ringan dan tidak menggunakan tenaga elektrik dengan banyak pada satu-satu masa. Namun, percayakah anda bahawa ia boleh ditunggang pengguna seberat 120kg (maksima)?

Sumber: Paultan

Sumber: Paultan

Sumber: Paultan

Sumber: Paultan

Bukan sahaja itu, basikal elektrik ini dilengkapi teknologi canggih supaya ia tidak boleh dicuri. Ia menggunakan teknologi tanpa kunci (membaca cap ibu jari), kekunci roda elektrik, penjejakan GPS dengan deria gerakan dan terdapat tiga mod tunggangan untuk keselesaan pengguna. Lampu lumen basikal juga “bijak” dan akan terpasang secara automatik jika kawasan yang dilalui sedikit gelap. Basikal elektrik ini juga mempunyai lampu brek dan lampu isyarat belok kiri dan kanan untuk memastikan keselamatan pengguna terjamin, terutamanya di kawasan bandar yang sibuk.

Dengan segala kelengkapan yang disebut diatas (dan macam-macam lagi kelengkapan lain), tidak mengejutkan apabila harga basikal elektrik ini bermula daripada RM11,823 bagi model Reevo Airless dan RM13,970 bagi model Reevo Premium Airless. Pada masa ini, Reevo sudah dijual di lebih 70 negara di seluruh dunia.

Basikal elektrik syarikat Beno dibina dan dipasang di Bayan Lepas, Pulau Pinang. Ini memberikan peluang pekerjaan kepada warganegara Malaysia dan sekaligus membantu ekonomi negara kita. Pada hujung tahun 2021, basikal Reevo milik syarikat Beno ini telah mendapat tempat sebagai salah satu bahan pameran di Museum Of The Future (Muzium Masa Hadapan) di Dubai. Percayalah bahawa anak Malaysia bukan calang-calang kebijaksaan dan idea inovasinya!


Saya Zuan adalah penulis di bawah program Headliner oleh Newswav, sebuah program di mana pencipta kandungan dapat menceritakan kisah unik mereka melalui artikel, pada masa yang sama menjana pendapatan melalui kandungan mereka dalam aplikasi Newswav.
Sila daftar di headliner.newswav.com untuk menjadi penulis kami sekarang!

*Kandungan di atas hanya mewakili pandangan penulis sendiri. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.