
Baru-baru ini tular di aplikasi TikTok, satu hantaran video oleh seorang pengguna dikenali sebagai Hasmazatul Hashim yang memaparkan gelagat anak buahnya telah mencuit hati orang ramai.
Menerusi video tersebut, dilihat kanak-kanak itu bersanggul tinggi dan memakai kain batik sambil memangku anak patung kerana turut ingin mengikut berpantang seperti ibu saudaranya.
Malah, apa yang melucukan apabila kanak-kanak itu turut meniru gaya berjalan orang yang sedang berpantang.

Bila you tengah berpantang then anak buah nak ikut berpantang sama.
Sehingga kini, video perkongsian itu telah mendapat perhatian orang ramai dan berjaya meraih 595.5K tontonan dan 54.8K tanda suka di aplikasi TikTok.
@hasmazatul_hashim Umur 4 tahun berpantang be like ? #fyp #foryourpage
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur dengan aksi kanak-kanak berusia 4 tahun yang pandai meniru gaya ibu berpantang itu.
Hahah alah comel! – Netizen.
“Dia pun ikut jalan slow-slow juga,” tulis seorang warganet.
“Kecik-kecik dah ada sifat keibuan ya.. adik ni mesti penyayang orangnya,” tulis seorang lagi pengguna TikTok.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
"Tergamak.."- Beli Nasi Lemak RM1 Dapat Lauk Tahi Ikan Bilis, Wanita Luah Rasa Jijik
The post (VIDEO) “Alah Comel!” – Aksi Anak Buah Sibuk Nak Ikut Berpantang Cuit Hati Netizen first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


