Bangladesh mahu menang berdepan Turkmenistan

10 Jun 2022 • 8:20 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

SKUAD Bangladesh mahu memastikan kemenangan pada aksi kedua Kumpulan E pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2023 berdepan Turkmenistan di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada Sabtu.

Pengendali skuad Bengal Tigers, Javier Cabrera berkata, perkara berkenaan tidak mustahil untuk direalisasikan dengan syarat kesemua pemain bekerja keras dengan penuh bersemangat di sepanjang perlawanan berkenaan.

“Sudah tentu kita boleh memenangi perlawanan ini sekiranya kesemua pemain bekerja keras dan memberikan aksi yang terbaik pada perlawanan Sabtu ini.

“Oleh itu, kekalahan kepada Bahrain pada aksi pembukaan Rabu lalu diharap dijadikan motivasi terbaik menjelang perlawanan berkenaan,” katanya pada Jumaat.

Pada aksi pembukaan Kumpulan E, Rabu lalu, Bangladesh tewas 0-2 kepada Bahrain dan menyaksikan skuad Bengal Tigers itu terperosok di kedudukan tercorot kumpulan.

Sementara itu pengendali Turkmenistan, Yazguly Hojageldiyev menyifatkan aksi berdepan Bangladesh sebagai aksi paling penting bagi saingan kelayakan kali ini.

Katanya, kekalahan 1-3 kepada skuad Harimau Malaya Rabu lalu, nyata memberikan kesukaran buat skuad Karakum Warriors itu kerana perlu mencatatkan kemenangan pada baki dua perlawanan dalam usaha layak ke pusingan akhir Piala Asia 2023.

“Kami mahu memenangi perlawanan ini dan seterusnya meraih tiga mata setelah melakukan kesilapan-kesilapan mudah pada perlawanan sebelum ini.

“Selain itu, kami juga tidak mempunyai banyak maklumat mengenai Bangladesh, cuma apa yang kami tahu, setiap pasukan adalah berbahaya pada aksi kelayakan kali ini,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved