
Min rasa berita gembira untuk peminat Johnny Depp masih lagi berterusan sehingga ke hari ini kan?
Mana taknya, selepas bertahun-tahun naik turun mahkamah atas segala pertuduhan yang dilemparkan kepada dirinya oleh bekas isteri iaitu Amber Heard, akhirnya Depp menang kes saman fitnah dan menerima ganti rugi sebanyak $15 juta (RM66 juta).
Disebabkan itu, min nak kongsikan 7 fakta menarik tentang Depp sepanjang kes perbicaraannya dijalankan. Korang mesti tak sabar nak tahu kan? Jom, kita tengok satu per satu!
1. Mangsa dera sejak kecil
Macam yang ramai dah sedia maklum, Johnny Depp sendiri mengakui bahawa dirinya pernah menjadi mangsa dera oleh keluarga dan fizikalnya sering menjadi bahan kutukan oleh ibunya sendiri. Dikatakan, ayah Depp ni pun jadi mangsa buli mak dia jugak!
Pada awalnya, Depp ingatkan benda tu adalah perkara biasa sampailah ke tahap umur yang mana dia dah boleh berfikir benda itu bukanlah sesuatu yang normal. Tapi sehingga akhir hayat mak dia, Depp masih jaga dengan baik dan sediakan rawatan hospital yang terbaik.
2. Ada kawan-kawan yang setia
Sahabat sejati sentiasa ada dikala susah dan juga senang… Rasanya itulah ungkapan yang paling jelas untuk kaitkan pasal hubungan Depp dengan kawan-kawan dia.
Kawan-kawan Depp memang kekal setia dari awal sampailah ke hari ini. Ini dah cukup untuk menunjukkan sisi karakter sebenar Depp yang sungguh baik, tak pernah berkira dan pemurah. Konsepnya, Johnny have friends, and they never leave his side.
3. Peramah, tegur semua orang yang ada dalam mahkamah
Secara logiknya, orang yang selalu naik turun mahkamah ni mesti akan mengalami stres dan juga emosi akan terganggu sehingga boleh buatkan seseorang itu bertukar menjadi seorang yang pendiam dan tak mahu bercakap. Tapi, itu tak terjadi kepada Depp!
Setiap pagi Depp akan tegur dan salam semua orang keliling dia termasuk pengawal, polis yang bertugas dan juga pada stenographer yang mana jadi steno ni tanggungjawabnya sungguh berat tapi paling tiada orang peduli dalam mahkmah tu kecuali Depp.
Katanya setiap pagi dia akan say hi, balik akan say bye. Betul-betul peramah ni!
4. Jujur dengan diri sendiri walaupun berhadapan dengan Amber
Untuk bahagian ni, min rasa ramai yang dah tahu bahawa sepanjang sesi perbicaraan kes Johnny Depp-Amber Heard ni dijalankan, diorang akan berhadapan sesama mereka di dalam mahkamah kan?
Walau bagaimanapun, dalam video-video yang dikongsikan oleh peminat di media sosial, boleh dikatakan Depp sangat tenang ketika berhadapan dengan situasi itu dan hanya menjadi dirinya yang sebenar.
5. Gagap bila bagi penjelasan, berfikir sebelum bercakap
Korang mesti tahu kan yang Depp ni menghidap dislexia? Disebabkan itu juga, sepanjang giliran Depp berikan penjelasan dia akan mengalami gagap semasa bercakap kerana dia akan mengambil masa untuk berfikir lama dulu sebelum bercakap.
Bukan tu je, dia sendiri sangat dikenali dengan peminat-peminatnya dengan penggunaan kata-kata yang jarang orang lain gunakan. Dalam lakonan dia pun, banyak je adlibs yang ditambah sendiri sebagai elemen untuk ‘menghidupkan;’ lagi watak yang dibawa.
6. Berterima kasih pada Dior
Pada awal kemelut antara Johnny Depp-Amber Heard ni, memang banyak pihak produksi dan juga jenama-jenama yang terus ‘cancelled’ Depp dari menjadi duta sebabkan kenyataan dari Heard yang mengatakan dirinya menjadi mangsa keganasan rumah tangga.
Pun begitu, semasa dia jatuh dan waktu tak ada orang percayakan dia, hanya Dior berani ambik risiko dan offer dia jadi duta untuk Dior Sauvage Fragrance. Malah ramai yang berterima kasih kepada Dior kerana masih lagi menyokong Depp.
7. Tolak offer Disney
Lepas Depp dah menang kes ni, memang bertalu-talu offer masuk dan ada yang nakkan Depp kembali berlakon serta menghiasi Disney macam dulu-dulu. Tapi, tu semua tak semudah yang disangka gais sebab Depp dikatakan tolak offer dari Disney…
Depp sendiri kata, kalau offer semula dengan 300 juta USD pun dia takkan menyertai lagi Disney. Aloooo, min terus terbayang watak Hatter dalam movie Alice in Wonderland tu…
Tak dinafikan, memang kes perbicaraan Depp ni menjadi perbualan hangat seluruh dunia malah ramai yang berterima kasih kepada pelakon yang terkenal dengan filem Pirates of the Carribean ini kerana berani memperjuangkan haknya.
Tahniah sekali lagi diucapkan, Depp!
Okaylah, min nak tengok balik video detik-detik kemenangan Depp ni. Hehehe… Bye!
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.
