(VIDEO) Penunggang Motosikal Selamba Tak Pakai ‘Helmet’ Rentas ‘Highway’, Netizen Suruh Bersangka Baik

8 Jun 2022 • 3:04 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Menunggang motosikal tanpa topi keledar sememangnya satu kesalahan besar di jalan raya.

Namun begitu, ada juga yang tidak mengendahkan peraturan tersebut walaupun tahu bahaya yang akan ditanggung sekiranya berlaku kemalangan.

Itulah yang berlaku di lebuh raya Melaka apabila video menunjukkan penunggang motosikal dengan selamba tidak mengenakan ‘helmet’.

Video yang dimuat naik di TikTok oleh UtusanTV, menunjukkan penunggang motosikal itu merentas ‘highway’ sambil membawa pembonceng yang memakai ‘helmet’.

Apa yang lebih menarik perhatian apabila ada topi keledar yang diletakkan di dalam raga menimbulkan persoalan mengapa penunggang tersebut tidak mengenakan topi keledar berkenaan.

Akan tetapi, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersangka baik dengan menyatakan mungkin topi keledar penunggang berkenaan telah dicuri.

image is not availableimage is not available

image is not available 2 minggu lalu

Tak Pakai 'Helmet', Wanita 'Relax' Cekak Pinggang Depan Polis Dekat Lampu Isyarat