Telefon Tahan Lasak Samsung Galaxy XCover6 Pro Tertiris Dengan Snapdragon 778G

TechnologyDigital
2 Jun 2022 • 12:53 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Samsung terkenal dengan penawaran peranti tahan lasak menerusi siri Galaxy XCover. Model terkini yang telah diperkenalkan setakat ini adalah Samsung Galaxy XCover 5. Dalam masa sama, ia turut telah ditawarkan di Malaysia kepada pelanggan perniagaan tanpa maklumat mengenai harga.

image is not available

Bercakap lebih lanjut mengenainya, model kemas kini untuk siri berkenaan dijangka tiba tidak lama lagi. Ia berikutan terdapatnya beberapa maklumat tertiris mengenai spesifikasinya menerusi beberapa laman persijilan dan imej pengolokan yang tular.

Melaluinya, Samsung Galaxy XCover 6 dikatakan bakal dilengkapi dengan Snapdragon 778G bersama padanan memori 6GB RAM dan storan dalaman 128GB. Skrin pula sebesar 6.6-inci TFT LCD beresolusi FHD+ dan kadar segar semula standard. Seterusnya, sensor 50MP turut digunakan untuk kamera utama, manakala kamera hadapan pula 13MP.

image is not available

Dari segi reka bentuk pula, ia menggunakan panel hadapan bertakuk kecil dengan padanan sistem dwi-kamera di belakang. Panel belakang turut menunjukkan permukaan bertekstur yang semestinya mampu memberikan cengkaman lebih baik. Sisi kanan menempatkan butang kuasa dan laras audio, sementara itu terdapat juga butang fizikal bersaiz besar pada sisi bertentangan.

image is not available

Turut boleh dilihat Galaxy XCover 6 Pro akan mempunyai bicu audio 3.5mm. Ia diletakkan pada sisi atas bersama dengan satu butang fizikal yang mungkin berfungsi sebagai menyeru pembantu maya. Pembesar suara pula boleh ditemui pada sisi bawah peranti.

Tiada maklumat mengenai tarikh pelancaran peranti yang diketahui setakat artikel ini ditulis.