Buku himpunan esei kolumnis filem di pesta buku KL

10 Jun 2022 • 8:01 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 10 JUN: Buku terbaharu kolumnis filem Selangorkini Daniyal Kadir berjudul Membedah Wayang Gambar boleh didapati di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.

Beliau menghimpunkan hampir 30 esei berkaitan industri perfileman di Malaysia antara 2017 hingga 2021 dalam naskhah setebal 158 halaman yang berada di pasaran sejak Januari.

“Antara esei dalam buku ini ialah Kejantanan Dalam Filem Melayu yang memenangi Hadiah Sastera Selangor 2020,” kata penulis kelahiran Kuala Kangsar, Perak.

image is not available
Buku Membedah Wayang Gambar karya Daniyal Kadir boleh didapati di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur

Beliau yang sebelum ini menghasilkan buku Membedah P.Ramlee itu berkata penulisan itu bertujuan mengisi kelompongan buku-buku filem di Malaysia berbahasa Melayu.

“Selain kekurangan buku perfileman bahasa Melayu, kebanyakan individu-individu mengulas filem menggunakan medium mudah iaitu Youtube,” katanya.

Buku berharga RM40 juga boleh didapati menerusi jualan dalam talian Shopee Dubook Press dan kedai buku terpilih.