Amazfit Malaysia Mengacah Kehadiran Peranti Boleh-Pakai Baharu

TechnologyDigital
2 Jun 2022 • 6:06 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Amazfit Malaysia berkongsi perancangan untuk hadir dengan penawaran baharu tidak lama lagi. Menerusi perkongsian di Facebook rasmi, mereka dilihat masih berteka-teki mengenai variasi model yang bakal ditawarkan. Turut tidak disertakan adalah tarikh pelancarannya secara khusus.

image is not available

Sebaliknya, poster acah pada perkongsian berkenaan hanya disertakan dengan kapsyen “Something Big Is Coming”. Pada masa sama, gambaran produk yang diperlihatkan menyerupai seutas Amazfit GTS2. Tambahan pula, Amazfit GTS 2 (New Version) baru sahaja dilancarkan di India dengan dua variasi tali jam berbeza seperti Midnight Black dan Petal Pink.

Adakah terdapat kemungkinan ia turut akan ditawarkan untuk pasaran tempatan kelak? Pada masa sama, ia juga sekadar spekulasi awal semata-mata. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan perkongsian lebih lanjut daripada pihak Amazfit Malaysia berhubung perkara ini.