Samsung Menawarkan Tali Peranti Edisi Terhad Berjenama Mamee Monster, Air Asia Dan Inside Scoop

TechnologyDigital
3 Jun 2022 • 7:03 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Samsung Malaysia kini menawarkan tiga tali untuk kerangka peranti dengan jenama tempatan Mamee Monster, Air Asia dan Inside Scoop untuk tempoh terhad. Ketiga-tiga tali ini boleh digunakan pada kerangka Galaxy Cover untuk Samsung Galaxy S22 Ultra, S22, S22+, S21 FE, Tab S8, Tab S7 dan Z Flip3.

image is not available

Satu tali ini akan diberikan degan setiap pembelian Galaxy Cover dari 16 Mei hingga 30 Jun 2022. Tali tidak boleh dipilih sebaliknya diberikan secara rawak dengan setiap pembelian. Harga jualan kerangka ialah RM169 untuk kesemua telefon pintar dan RM329 untuk tablet. Untuk terma dan syarat sila ke laman web Samsung Malaysia.

image is not available