Dapatkan strap edisi terhad AirAsia, Mamee Monster, atau Inside Scoop dengan pembelian cover Samsung Galaxy anda

Digital
3 Jun 2022 • 5:46 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Samsung mengumumkan beberapa strap edisi terhad hasil Kerjasama mereka dengan beberapa jenama tempatan bila anda dapatkan cover untuk peranti Samsung Galaxy anda. Cover peranti yang terlibat adalah:

  • Galaxy S22 Ultra
  • Galaxy S22+
  • Galaxy S22
  • Galaxy S21 FE
  • Galaxy Z Flip3
  • Galaxy Tab S8
  • Galaxy Tab S7

Cumanya, menurut laman T&C anda tak boleh memilih strap apa yang diberikan. Anda akan dapat secara rawak, strap Mamee Monster, Inside Scoop ataupun AirAsia. Hanya 3,200 unit sahaja dikeluarkan, jadi bolehlah katakan yang produk kali ini agak eksklusif.

Cover untuk telefon dijual pada harga RM169 manakala untuk tablet adalah RM329.

image is not available

Sekiranya anda berminat untuk dapatkannya, ia ditawarkan melalui pembelian dalam talian sahaja. Anda boleh layari laman Samsung Online Store dan lakukan pembelian di sana.