Malaysia kutuk serangan gereja di Ondo, Nigeria

7 Jun 2022 • 10:48 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

PUTRAJAYA - Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan bersenjata ke atas Gereja Katolik St. Francis di Ondo, Nigeria pada Isnin yang meragut sekurang-kurangnya 50 nyawa.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan memaklumkan Malaysia berharap pihak yang bertanggungjawab atas perbuatan keji ini dibawa ke muka pengadilan.

"Malaysia merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada kerajaan dan rakyat Nigeria, terutama buat keluarga dan mangsa yang terlibat dalam serangan itu.

"Malaysia menolak sekeras-kerasnya segala bentuk keganasan yang menjejaskan keamanan dan keselamatan serantau," menurut kenyataan itu. - Bernama