Lebih 50 Maut Dalam Serangan Di Sebuah Gereja Di Nigeria

6 Jun 2022 • 12:00 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Pegawai negeri berjalan melepasi mangsa yang cedera di atas katil hospital yang dirawat kerana kecederaan berikutan serangan di Gereja Katolik St Francis di bandar Owo, barat daya Nigeria pada 5 Jun. - Gambar AFP

MOSCOW - Lebih 50 orang terbunuh manakala ramai lagi cedera selepas sekumpulan lelaki bersenjata yang tidak dikenali menyerang sebuah gereja tempatan di bandar Owo, Nigeria pada Ahad, lapor media Nigeria.

Menurut Sputnik memetik laporan Nigerian Tribune, sekumpulan penyerang menceroboh Gereja Katolik St Francis dan melepas tembakan rambang.

Angka kematian dijangka meningkat memandangkan ramai yang cedera parah, menurut sumber.

Penyerang telah melarikan diri dan kejadian sedang disiasat. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved