Bakal Isteri Azri  Iskandar Beri Ucapan Hari Jadi Romantis 

Entertainment
8 Jun 2022 • 3:00 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

Belum pun habis tempoh edah, pelakon Azri Iskandar dilihat sudah pun menemui pengganti yang bakal menjadi suri hidupnya. 

Wanita yang bakal menggantikan tempat Ellie Suriaty sebagai suri hidupnya itu adalah seorang komposer, penulis skrip dan novelis bernama, Azra Diera Abdul Hamid. 

Tidak dapat dipastikan sejak bila mereka menjalinkan hubungan cinta, namun kemesraan di antara Azri dengan Azra nampaknya sudah lama terjalin. 

Dalam akaun facebook Azra Diera, wanita yang terlibat sama di dalam industri kreatif hiburan ini telah memuat naik sebuah posting istimewa buat Azri sempena hari ulang tahunnya yang ke-54 pada 5 Jun lalu. 

image is not available

Azra Diera telah memberikan ucapan: Kamulah cinta hati saya, hidup saya, dan segalanya. Tanpamu aku rasa kehilangan. Selamat Hari Jadi Sayang,” katanya. 

Bersama ucapan itu tertera gambar kek dan sebuah kotak hadiah buat Azri dengan reben besar berwarna merah jambu. 

image is not available

Di dalam posting itu, Azri membalas: Terima kasih baby. Ara (panggilan untuk Azra) segalanya bagi abang. Terima kasih Ara. 

Azra kemudian membalas: Sama-sama abang. Happy Birthday. Love you. Love you. Terima kasih untuk abang juga yang sayangkan diri ini. 

Dalam pada itu, sebuah portal pula melaporkan bahawa Azri telah mengesahkan bahawa dirinya bakal mengahwini wanita tersebut dalam waktu terdekat ini. - Getaran, 8 Jun 2022

Gambar: Azri Diera FB