“Allah yang tentukan sayang” – Kekasih Bagi Ucapan Birthday, Azri Iskandar Bercinta Dengan Komposer

Entertainment
8 Jun 2022 • 6:00 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Belum cukup sebulan bercerai, Azri Iskandar dilihat sudah menemui cinta hati barunya itu. Ia didedahkan apabila wanita yang didakwa bakal menjadi suri hatinya itu ada buat satu ucapan hari ulang tahun kelahiran untuk bekas suami Ellie Suriaty Omar.

Menurut Getaran, wanita yang dikenali sebagai Azra Diera Abdul Hamid itu adalah seorang komposer, penulis skrip dan novelis.

 

Tanpa kamu, aku rasa kehilangan

Sumber melaporkan bahawa, bahawa mereka ini seperti sudah lama menjalinkan hubungan cinta. Ucapan hari jadi Azri Iskandar yang ke 54 itu dibuat pada 5 Jun lalu. Dalam ucapan itu, Azra menulis…

“Kamulah cinta hati saya, hidup saya, dan segalanya. Tanpamu aku rasa kehilangan. Selamat Hari Jadi Sayang,” katanya.

image is not available

Ia bersertakan gambar kek dan sebuah kotak hadiah buat Azri dengan reben besar berwarna merah jambu.

Menjengah ke ruangan komen, di lihat Azri Iskandar ada membalas ucapan itu dengan cara yang sangat mesra seperti orang hangat bercinta.

image is not available
Dalam pada itu, malaysiakini melaporkan bahawa dirinya bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.

Dia dan keluarganya bercadang untuk menghantar rombongan merisik dan meminang Azra Diera sebelum 23 Jun ini.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.