“Patuh Allah bukan ikut skrip” – PU Syed Tegur Pelakon Lelaki ‘Belanja’ Badan Dalam Drama

Entertainment
7 Jun 2022 • 5:44 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sebelum ini, Noki dan pelakon Fadlan Hazim telah menerima kritikan kerana tayang badan dalam drama.

Susulan itu, pengarah drama, Shuhaimi Lua ada menjelaskan bahawa dia tahu batas Lembaga Penapisan Filem (LPF), lapor mStar

Disebabkan itu, pendakwah PU Syed menerusi Instagram membuat satu teguran kepada pengarah dan pelakon bahawa mendedahkan aurat adalah haram walaupun dengan alasan mengikut tuntutan skrip.

“Kita sebagai umat Islam kena patuh pada perintah Allah, bukan ikut skrip yang telah ditulis.”

image is not available

Katanya babak yang mendedahkan aurat tidak kira daripada pelakon wanita atau lelaki tetap haram walau apa cerita sekalipun.

“Jika pengarah dan pelakon hukum agama. tidak perlu akan muncul babak-babak yang memerlukan mereka mendedahkan aurat.”

Malah, PU Syed juga dikatakan ada mempersoalkan jati diri pengarah tersebut sebagai seorang muslim.

“Islam telah menetapkan batas-batas yang boleh dan tidak. Sama ada umatnya setuju atau tidak ianya adalah bukti pengabdian diri kepada Allah.”

“Jika kita sama gayanya dengan orang yang bukan Islam, apa lagi ada pada jati diti Muslim kita.”

image is not available

Dia juga memberi nasihat kepada pengarah tersebut agar lakukan jalan cerita yang lebih mendidik untuk mendekatkan diri kepada Allah.

“Buat tuan pengarah Shuhaimi, cubalah arahkan cerita yang jalan ceritanya lebih mendidik penonton dekatkan diri kepada Allah.”

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.