“Siang pun jadi” – [VIDEO] Lelaki Sempat Rakam Penunggang Motor Mengintai Kereta, Cuba Curi Barang Berharga

Entertainment
13 Jun 2022 • 4:46 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Korang pernah terfikir tak walaupun korang tinggalkan barang berharga walaupun sekejap dalam kereta, pada bila-bila masa sahaja pencuri boleh pecah masuk kereta dalam masa yang singkat dan ambil semua barang walaupun cermin kereta tersebut tinted gelap.

Sempat intai ke dalam 2 buah kereta, nak rembat barang berharga

Sama jugalah seperti situasi di bawah apabila tular satu video di Facebook memaparkan seorang lelaki sempat merakam penunggang motosikal yang kelihatan mencurigakan bertindak memeriksa satu persatu kereta yang berada di tempat parkir.

Dalam video yang dimuat naik, lelaki tersebut siap intai ke dalam kereta melalui cermin kereta dengan teliti semata-mata untuk mencari barang berharga yang ditinggalkan.

Nombor plat motor tiada, elak ditangkap polis

image is not available

Lelaki tersebut mungkin telah bersedia dengan pelbagai kemungkinan apabila motosikalnya tidak terdapat sebarang nombor plat, mungkin untuk elakkan daripada ditangkap polis. Setelah gagal untuk menemui barang berharga pada 2 buah kereta yang diintai, akhirnya lelaki tersebut berlalu pergi.

Tuan empunya kereta bernasib baik kerana tidak meninggalkan barangan berharga walaupun sekejap dalam kereta kerana kalau diikutkan, masih ramai yang kurang kesedaran dan selalunya akan tinggalkan beg tangan atau laptop atas kerusi yang mudah diambil pencuri.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen menasihatkan agar pemandu sentiasa bawa barang berharga bersama ketika keluar kereta untuk mengelakkan risiko kecurian dan tidak meninggalkannya bawah kerusi walapun hanya sekejap.

image is not available

Hati-hati tau korang dan jangan sesekali tinggalkan barang berharga dalam kereta walaupun korang keluar pergi kedai sahaja!

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.