“Is it allowed in Islam?” – Buat ‘Nose Lifting’, Gadis Bertudung Dikecam Netizen

Entertainment
3 Jun 2022 • 10:05 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sesetengah kaum wanita amat mementingkan penampilan diri serta kecantikan wajah. Mereka tidak mahu rupa mereka mempunyai sebarang cacat cela. Namun, sebagai orang Islam, ada beberapa perkara yang golongan wanita ditegah untuk buat contohnya seperti mencukur kening, memakai bulu mata palsu dan banyak lagi.

Baru-baru ini, tular di TikTok sebuah pusat rawatan kecantikan @bellaclinicbeforeafter memuat naik satu video menunjukkan seorang pelanggan yang membuat rawatan ‘nose lifting’.

image is not available

Pada awal video berkenaan, jelas dapat dilihat pada wajah gadis tersebut ada calitan pen atau marker di sekitar bahagian tulang hidung sebagai menandakan tempat yang memerlukan rawatan.

Seterusnya, dapat disaksikan doktor bertugas sedang memasukkan sesuatu ke dalam hidung gadis itu dan turut ada sedikit darah pada kain bawah hidungnya. Kalau diperhatikan betul-betul, nampak agak mengerikan proses tersebut bagi yang tak biasa melakukannya.

Di akhir video, apa yang mengejutkan ramai adalah rupa-rupanya gadis yang membuat rawatan ‘nose lifting’ ini merupakan gadis bertudung. Dia sempat menunjukkan wajahnya sebelum dan selepas rawatan.

image is not available

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang mengecam dan tidak bersetuju dengan perbuatan gadis bertudung ini yang dianggap tidak bersyukur dengan wajah asal serta mengubah ciptaan Allah. Ada juga yang sempat mengatakan bahawa rawatan seperti ini dibenarkan atas faktor kesihatan sahaja dan tak boleh suka-suka buat.

image is not available

Korang pernah tak buat ‘nose lifting’ ni? Ke korang lebih suka untuk manjakan diri di spa atau pergi buat urutan badan?

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article