Ralf Rangnick Langkah Kanan, Catat Kemenangan Pertama Sebagai Jurulatih Austria

FootballSports
4 Jun 2022 • 10:27 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Ralf Rangnick memulakan tugasnya sebagai jurulatih baharu pasukan kebangsaan Austria dengan langkah kanan apabila mencatat kemenangan ke atas Croatia dengan jaringan 3-0.

Marko Arnautovic, Michael Gregoritsch dan Marcel Sabitzer membantu Austria mencatatkan kemenangan selepas masing-masing menjaringkan satu gol sekaligus meletakkan Austria menduduki tangga teratas Liga A,Kumpulan 1 selepas Denmark melakar kemenangan 2-1 ke atas Perancis pada satu lagi perlawanan.

Austria beada di depan menerusi Arnautovic selepas larian solonya berjaya menewaskan barisan pertahanan sebelum merembat padu bola ke penjuru kanan gawang gol lawan.

Pada minit ke-54, Gregoritsch yang merupakan pemain gantian menambah gol kedua bagi pasukan Austria menerusi satu serangan balas sebelum Sabitzer menambah luka buat pasukan Croatian dengan menjaringkan gol ketiga tiga minit kemudian.

Jurulatih Croatia, Zltako Dalic tidak dapat menurunkan skuad terbaiknya selepas pemain tengah, Ivan Perisic, pertahanan muda, Josko Gvardiol serta Sime Vrsaljko tidak dapat diturunkan akibat kecederaan manakalah Austria turun tanpa khidmat David Alaba yang tidak bersama pasukan selepas memenangi Liga Juara-Juara bersama Real Madrid minggu lalu.

Untuk info, kekalahan ini merupakan kekalahan pertama Croatia sejak tewas pada kempen Euro 2020, Jun tahun lalu.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved