APMM tahan bot bawa ubat kawalan tanpa permit

12 Jun 2022 • 2:47 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 12 JUN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Selangor menahan sebuah bot barter trade sarat dengan muatan pelbagai jenis ubat-ubatan kawalan tanpa permit di perairan Tanjung Harapan, Pelabuhan Klang, dekat sini petang semalam.

Pengarah Maritim Selangor Kapten Maritim V.Siva Kumar berkata penahanan dilakukan pada 6.30 petang susulan maklumat risikan mengenai vesel mencurigakan di perairan berkenaan.

Beliau berkata bot itu dikendalikan tekong dan kru terdiri daripada lima warga Indonesia berusia 23 hingga 62 tahun dan memiliki dokumen pengenalan diri sah.

“Namun mereka telah gagal mengemukakan permit berkaitan barangan dibawa. Hasil pemeriksaan menemukan sembilan kotak pelbagai jenis ubat kawalan yang dimuatkan di dalam bot,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Siva Kumar berkata kesemua mereka beserta muatan ubat dibawa ke Pejabat Maritim Negeri Selangor untuk siasatan lanjut mengikut Akta Kastam 1967 dan Akta Racun 1952.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved