Agong, Permaisuri ucap tahniah empat pelajar ikuti latihan ketenteraan di AS

8 Jun 2022 • 2:34 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan tahniah kepada empat pelajar Malaysia yang terpilih menyertai latihan di akademi ketenteraan Amerika Syarikat (AS) tahun ini.

Menzahirkan ucapan sama ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Menerusi poster dimuat naik di Facebook Istana Negara, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Hajah Azizah turut mendoakan agar keempat-empat mereka dilimpahi kejayaan dan kecemerlangan berterusan.

Menurut kenyataan Kedutaan AS di Malaysia, keempat-empat pelajar itu ialah Edlan Mikyad Ahmad Syamly, Muhamad Danish Imran Zainudin, Qarin Loqman Safriza dan Zarif Mohd Zamrin.

Edlan Mikyad dan Zarif dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia masing-masing bakal ditempatkan di Akademi Tentera AS (USMA) West Point, New York dan Akademi Tentera Udara AS (USAFA) di Colorado.

Sementara itu, Muhamad Danish Imran dan Qarin Loqman dari Maktab Tentera Diraja di Akademi Tentera Laut AS (USNA), Annapolis, Maryland.

Mereka akan menyertai lima pelajar Malaysia yang sedang menjalani latihan di Akademi Perkhidmatan AS iaitu satu di USMA dan masing-masing dua di USNA serta USAFA. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved