4 pelajar Malaysia terpilih ke akademi tentera berprestij AS

8 Jun 2022 • 11:37 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

EMPAT pelajar Malaysia bakal melanjutkan pelajaran ke akademi tentera Amerika Syarikat.

Ternyata anak muda kita bukan lagi jaguh kampung. Itu mungkin perumpamaan yang sesuai bagi menggambarkan keupayaan mereka bersaing untuk kemasukan ke akademi di sana.

Setiap tahun, beribu-ribu lelaki dan wanita muda dari seluruh dunia cuba mendapatkan tempat di beberapa akademi ketenteraan Amerika Syarikat.

image is not available

Antaranya ialah Akademi Tentera Amerika Syarikat, Akademi Tentera Laut Amerika Syarikat dan Akademi Tentera Udara Amerika Syarikat.

Umumnya, akademi-akademi ini adalah elit dan sangat selektif dalam penerimaan pelajar.

Akademi Tentera Amerika Syarikat misalnya mempunyai kadar penerimaan 11 peratus. Antara syarat kemasukannya ialah kecemerlangan akademik, tahap kecergasan fizikal dan potensi kepimpinan.

Difahamkan sebanyak 69 negara dijemput menyenaraikan calon dengan matlamat 15 pelajar terpilih di setiap akademi perkhidmatan pada tahun ini.

Kurang daripada 20 peratus pemohonan antarabangsa telah dipilih. Tahniah kepada para pelajar dan keluarga mereka atas pencapaian luar biasa ini.

Tahun ini, empat pelajar membanggakan Malaysia terpilih melanjutkan pelajaran ke sana.

image is not available
Edlan, Qarin, Muhammad Danish dan Zarif menerima sijil pelantikan masing-masing di kedutaan Amerika Syarikat

Menurut Kedutaan Amerika Syarikat, empat kadet yang terpilih ialah seperti berikut;

-Edlan Mikyad bin Ahmad Syamly (Akademi Tentera Amerika Syarikat)

-Qarin Loqman bin Safriza (Akademi Tentera Laut Amerika Syarikat)

-Muhamad Danish lmran bin Zainudin(Akademi Tentera Laut Amerika Syarikat)

-Zarif bin Mohd Zamrin, (Akademi Tentera Udara Amerika Syarikat)

Qarin Loqman dan Muhamad Danish lmran merupakan bekas pelajar Maktab Tentera Diraja manakala Edlan Mikyad dan Zarif baharu sahaja menamatkan program asasi di Universiti Pertahanan Malaysia (UPNM).

Kesemua empat pelajar ini dijangka menamatkan pengajian dari akademi masing-masing menjelang 2026.

Sejak tahun 1971, 36 orang rakyat Malaysia telah menjadi graduan akademi ketenteraan Amerika Syarikat.

Semoga kisah empat pelajar Malaysia ini menjadi dorongan dan inspirasi buat anak muda lain memajukan diri dalam bidang yang diminati.

Kredit foto: US Embassy KL

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI