Warga Emas Maut Dalam Kebakaran Di Jonker Walk

8 Jun 2022 • 11:08 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Seorang wanita warga emas maut dalam kebakaran di bangunan rumah kedai 2 tingkat di Jonker Walk, malam tadi. - Gambar Bernama

MELAKA - Seorang wanita warga emas maut selepas terperangkap dalam kebakaran di bangunan rumah kedai dua tingkat di Jonker Walk, di sini malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka berkata dalam kejadian pada 9.37 malam itu, mangsa, Koo Kim Foong, 75, ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di tingkat atas premis itu oleh anggota bomba serta didapati melecur antara 60 dan 70 peratus di bahagian badan.

“Mangsa (Koo) yang tinggal di premis itu disahkan meninggal dunia selepas pemeriksaan oleh pegawai perubatan. Kebakaran melibatkan dua pintu bangunan rumah kedai jenis sementara dan hampir 80 peratus bangunan tersebut musnah dijilat api," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Melaka Tengah dan Padang Temu bersama 23 pegawai serta anggota digegaskan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan.

Katanya kebakaran berjaya dikawal dalam tempoh 20 minit manakala punca kejadian dan jumlah kerugian sedang disiasat. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved