
ISTERI Ketua Menteri, Datin Seri Juliah Salag, yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat Sabah-Barisan Nasional (Mutiara GRS-BN) mengadakan lawatan sambil belajar ke Tamparuli, pada Sabtu bersama ahli-ahli Mutiara GRS-BN yang juga isteri wakil rakyat.
Antara tempat yang dilawati ialah Pusat Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Tamparuli; Jongraperines & Fig Garden, Tamparuli dan The Traditional Lotud House dan Tree House, di Tuaran. Sempena lawatan itu, Juliah turut menyampaikan sumbangan kepada pengerusi PPDK Madin Anak.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

