
ADA beberapa babak yang amat menarik sehingga membuatkan bulu roma meremang dan ada yang menitis air mata ketika menonton pementasan Huminodun: Princess of Nabalu The Musical yang diadakan di auditorium JKKK Sabah di Kota Kinabalu, hujung minggu lalu.
Babak penduduk kampung terkulai, merayu dan meratap menderita kerana kebuluran sambil menyanyikan lagu korus ‘Kami Lapar’ amat menyentuh perasaan. Penonton yang hadir dilihat ‘mengeluh’ dan dilihat ada yang mengusap air mata. Mungkin mereka turut merasa kesengsaraan penduduk yang menderita.

