RON97 naik kepada RM4.72, RON95 dan diesel tidak berubah

8 Jun 2022 • 6:01 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUALA LUMPUR, 8 JUN: Harga runcit petrol RON97 meningkat dua sen kepada RM4.72 seliter sementara harga petrol RON95 dan diesel kekal tidak berubah bagi tempoh 9 hingga 15 Jun ini.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini menyatakan harga RON95 dan diesel masing-masing kekal pada RM2.05 seliter dan RM2.15 seliter walaupun harga pasaran kedua-dua bahan api itu telah meningkat melepasi harga siling semasa.

Kementerian itu berkata harga baharu itu berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum menurut formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah global dan mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya.

-BERNAMA

image is not available

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved