Harga RON97 naik, RON95, diesel kekal

8 Jun 2022 • 4:58 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

PUTRAJAYA - Harga runcit petrol bagi RON97 naik sebanyak dua sen daripada RM4.70 kepada RM4.72 manakala harga RON95 dan diesel pula masing-masing dikekalkan pada paras RM2.05 serta RM2.15 seliter.

Kementerian Kewangan menerusi kenyataannya pada Rabu memaklumkan harga itu bagi tempoh 9 hingga 15 Jun.

"Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 dan diesel sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk itu telah meningkat melebihi paras harga siling," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved