“Terlibat dalam siri Netflix, HBO, Disney Plus” – Rakyat Malaysia, Ping Soo Menang Anugerah Oscar

Entertainment
7 Jun 2022 • 9:43 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kalau korang nak tahu, dah ramai rakyat Malaysia yang berjaya meraih kejayaan di peringkat antarabangsa serta nama mereka telah terkenal dan sentiasa menjadi sebutan contohnya seperti James Wan, anak kelahiran Kuching, Sarawak yang banyak menghasilkan filem seram terkenal iaitu ‘Insidious’, ‘Saw’, ‘Conjuring’ dan banyak lagi.

Baru-baru ini, Ping Soo anak kelahiran Ampang yang lebih suka dikenali sebagai Soya, telah membina kerjayanya sebagai penerbit audio, pembantu pengadun skor, jurutera bunyi dan jurutera rakaman dalam banyak filem Hollywood telah meraih kejayaan sebagai jurutera rakaman untuk filem Dune yang telah memenangi Anugerah Oscar, lapor Bernama.

image is not available

Selain itu, beliau juga terlibat dalam konsert, Hans Zimmer Live Europe Tour 2022, yang mengetengahkan 130 pemuzik berbakat. Soya berkata, Zimmer merupakan sumber inspirasi beliau dan menganggap komposer muzik berbangsa Jerman yang terkenal itu sebagai idolanya.

Soya yang kini bekerja dengan produksi studio Zimmer, juga terlibat dengan pelbagai siri popular dan filem yang ditayang di platform seperti Netflix, Disney Plus dan HBO semasa pandemik.

image is not available

Ia merangkumi siri dan filem seperti, The Unforgivable, Army of Thieves, The Survivor, Diary of a Wimpy Kid, The Last Warrior: A Messenger of Darkness, The Gilded Age, Outside the Wire dan Love Wedding Repeat.

Hasil kerja Soya juga boleh didapati dalam banyak filem Hollywood popular seperti The Lion King, Ferdinand, X-Men: Dark Phoenix, Ralph Breaks the Internet, Aquaman dan Gears 5.

Beliau juga melakar sejarah sebagai rakyat Malaysia yang pertama terlibat dalam francais filem Star Wars menerusi filem Solo: A Star Wars Story.

Selepas ni mesti ramai lagi rakyat Malaysia yang akan lakar sejarah di mata dunia!

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.