Bonet Kereta Sampai Terlipat, Netizen Bengang Lihat Kemalangan Gara-gara Pemandu Myvi Didakwa Tengah ‘High’?

6 Jun 2022 • 11:01 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kenderaan jenis Myvi sudah sinonim dengan panggilan ‘King’ atau ‘Raja di Jalan Raya’ kerana sering dikaitkan dengan insiden kemalangan yang luar biasa dan kejadian yang tak disangka-sangka.

Terbaru kali ini, kenderaan Myvi sekali lagi jadi sebutan selepas ia didakwa menjadi punca satu kemalangan yang berlaku di Lebuhraya PLUS Utara-Selatan di exit Pedas-Linggi.

 

Hud kereta terlipat, tayar kiri hilang

Menerusi perkongsian individu bernama Hadri Ishak yang juga mangsa kejadian di Facebook, sebuah video telah dimuat naik memaparkan kejadian yang berlaku.

Sebuah kenderaan Myvi dilihat telah ‘menyodol’ kereta jenis Avanza dari belakang hingga mengakibatkan Avanza tersebut hilang arah dan berlanggar dengan beberapa kenderaan lain.

Menurut Hadri, dia sempat membantu mangsa kenderaan yang paling dekat dan 3 lagi kenderaan lain yang terlibat dalam kemalangan tersebut tak dapat dibantu kerana dia juga masih dalam keadaan terkejut dan lemah.

Walau bagaimanapun menurutnya, kesemua mangsa dalam keadaan selamat dan dimohon membuat laporan polis menggunakan bukti video dan gambar yang telah diberi.

image is not available

Dalam pada itu dipaparkan juga keadaan Myvi berkenaan yang mana bonet depannya terlipat dan tayar kiri juga hilang akibat kemalangan itu.

image is not available

image is not available

 

Pemandu Myvi rupanya tengah ‘high’?

Kejadian yang juga viral di Twitter itu kemudian didedahkan netizen rupa-rupanya pemandu Myvi yang dikatakan menjadi punca kemalangan itu didakwa dalam keadaan tidak stabil akibat pengambilan dadah.

Menerusi video yang dikongsikan, orang ramai yang menyerbu suspek dilihat merampas sejenis alat yang digunakan untuk menghisap dadah dan suspek juga katanya tiba-tiba mengaku dirinya ‘Imam Mahdi’. Pulak…

image is not available

 

“Memang jalan raya track racing pun”

Video berkenaan telah mendapat pelbagai respon dari netizen yang marah dengan sikap pemandu Myvi dan penunggang motosikal yang dilihat seperti berlumba di atas lebuhraya.

Atas sebab sikap mementingkan diri sendiri beginilah orang lain yang tidak bersalah menjadi mangsa.

image is not available

Harap mereka yang terlibat dalam kemalangan ni selamat dan dipermudahkan urusan.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.