(VIDEO) “Jangan Timbulkan Tuduhan” – Tular Lukisan ‘Tukang Sihir’ Di TikTok, DUKE Minta Henti Sebarkan

7 Jun 2022 • 11:28 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebelum ini tular di aplikasi TikTok, satu hantaran video oleh seorang pengguna dikenali sebagai Ustaz Neo yang juga merupakan seorang pawang yang telah melakar wajar tukang penghantar sihir kepada pendakwah bebas, Datuk Ustaz Kazim Elias (DUKE).

Baru-baru ini, menerusi hantaran di laman Facebook miliknya, Ustaz Kazim memohon agar trend menyebarkan lakaran lukisan ‘penyihir’ segera dihentikan.

Difahamkan, beliau telah menerima banyak kiriman mesej daripada pengguna TikTok yang berkongsi lakaran lukisan beberapa individu yang dikatakan telah melakukan sihir kepadanya. Lapor Kosmo.

image is not available

Saya dapat banyak kiriman daripada TikTok lukisan kononnya orang yang melakukan sihir. Saya berlepas diri daripada perkara-perkara sebegini.

Malah, beliau turut menegur mana-mana pihak yang terlibat agar tidak sewenang-wenangnya berkongsi lukisan seperti itu kerana ia mungkin menyerupai wajah seseorang dan dapat menimbulkan fitnah.

Jangan menimbulkan tanggapan tuduhan kepada sesiapa pun dan perkara begini bukan daripada kaedah perawatan yang dibenarkan.

Dalam pada itu, Ustaz Kazim juga berharap pemilik akaun TikTok berkenaan memadam gambar-gambar lakaran lukisan itu dan menganggap ianya tiada faedah sama sekali.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2 minggu lalu

Buang ‘Make Up’ Luka Ketika Live, DUKE Dedah Penyakit Tiada Kaitan Dengan ‘Marketing ‘ Filem