“Kena sihir, dekat Tik Tok sakan bergelek pula” – Dikecam Menari, Isteri Caprice Bagi Respon

Entertainment
6 Jun 2022 • 1:25 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sebelum ini, Caprice ada kongsikan dugaan yang dia terpaksa harungi ketika berumah tangga apabila penyanyi rap itu keadaan isterinya yang dikatakan terkena sihir.

Tak lama selepas perkongsian itu, timbul pula isu apabila netizen mempersoalkan ‘sakit’ yang dialami oleh isterinya, Farra Inalis itu apabila…

 

Kalau takde benda positif saya diam, peribadi saya dan suami sangat berbeza – Farra

@elis620

doing some exercise after food image is not available

♬ Superstar – MarkTheHerras

Netizen lihat Farra berjoget sakan di TikTok. Terpanggil dengan segala kritikan netizen, Farra tampil beri respon berkenaan dengan isu tersebut baru-baru ini.

@elis620

Reply to @nur_medina12 be smart people !image is not available

♬ original sound – Farra InaLis – Farra InaLisimage is not available

Katanya, dia banyak terima DM di Instagram baru-baru ini, biarpun ada yang memberi kata-kata sokongan, ada juga yang mempertikaikan ‘sakitnya’ itu dan Farra menjelaskan bahawa dia memilih untuk tidak mendedahkan sudut itu kepada umum.

“Pertama sekali, lately ni Lis banyak terima DM daripada korang dan saya baca semua. Ada yang mendoakan, ada yang bercerita mengenai sihir dan ada juga yang judge.

“Ada juga netizen yang mula judge saya, sebab katanya dekat IG suami kena sihir, dekat Tik Tok sakan bergelek pula. Eh, abang kakak what do you expect? Awak nak saya tunjuk muka lesu? Nak saya cerita yang saya tak lalu makan? Saya tak suka tunjuk benda negatif pada pengikut saya. Jadi kalau takde benda positif saya diam,” katanya.

Tegasnya lagi, keperibadiannya dengan Caprice juga ada bezanya dan mereka pernah bergaduh mengenai hal ini.

“Kalau nak tahu secara peribadi saya dan suami sangat berbeza. Sebab apa, saya lebih suka simpan sendiri, Ariz pula suka bercerita dengan netizen. Sebenarnya, kami ada berbalah juga pasal sihir ni.

“Saya tak nak orang tahu, tak perlu la beritahu semua orang sebab orang tak suka kita itu akan tepuk tangan bila tahu benda tu… Tapi Ariz kata biarlah, kita ada Allah, kita percaya dengan Allah.”

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.