
SHAH ALAM, 10 JUN: Gelagat dan Ragam Orang Melayu menjadi buku terlaris Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE) bermula hari kedua hingga ketujuh di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2022.
Bahan bacaan terbitan agensi tersebut yang diterjemah dari hasil tulisan Frank Swettenham dengan judul asal, Malay Sketches, ternyata menarik perhatian pengunjung yang ingin memilikinya dan mendapatkan gambaran berhubung pandangan pegawai kolonial British itu.
Maklumat dikongsi IBDE menerusi Facebook memaklumkan penjualan buku itu di pesta sedang berlangsung mengatasi lapan buku lain diterbitkannya.
Bahan bacaan tersebut ialah Muhammnad: Riwayat Hidup Berdasarkan Sumber Tawal (edisi biasa), Abu Bakar as-Siddiq, Muhammad: Riwayat Hidup Berdasarkan Sumber Terawal (edisi khas) dan Jose Rizal.
Buku yang lain, Salahuddin al-Ayubi, Ilmu Kalam, Diari Seorang Gadis dan Penyelamat daripada Kesesatan.
PBAKL 2022 diadakan sejak 3 Jun lalu akan berakhir Ahad ini, selepas penganjurannya tertangguh dua tahun akibat Covid-19 dan menyasar kehadiran sehingga sejuta pengunjung selama 10 hari berlangsung.

The post Gelagat dan Ragam Orang Melayu karya terlaris di pesta buku KL appeared first on Selangorkini.

