Justin Bieber Lumpuh Muka, Bukan Tiket Konsert Batal Patut Dirisaukan Tapi Apa Itu Sindrom Ramsay Hunt? Ini Penjelasan Doktor

Entertainment
11 Jun 2022 • 9:18 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Hari ini, dunia hiburan dikejutkan dengan sakit yang dialami penyanyi terkenal, Justin Bieber yang terpaksa membatalkan beberapa siri konsert akibat diserang sindrom Ramsay Hunt.

Apapun, bukan pembatalan konsert yang patut kita risau tapi risau tentang adakah kita juga boleh jadi macam Justin? Oleh itu, kami nak kongsikan beberapa maklumat tentang apa itu sindrom Ramsay Hunt.

image is not available

Sindrom ini juga dikenali dengan nama herpes zoster atau cacar air. Virus yang dialami Justin ini sama dengan virus yang ada dalam penyakit chickenpox iaitu virus varicella-zoster.

Antara gejala yang akan kita alami bila virus ini menyerang:

  1. Sakit telinga.
  2. Pendengaran kurang jelas.
  3. Telinga berdengung,
  4. Susah untuk menutupkan salah satu mata.
  5. Rasa pening.
  6. Sukar untuk membuka mulut atau mengunyah makanan.
  7. Mulut dan mata kering.

Punca sindrom Ramsay Hunt

Virus ini akan merosakkan saraf muka kita yang terletak pada bahagian belakang telinga. Keadaan inilah yang membuatkan saraf membengkak dan gagal berfungsi dengan baik.

image is not available

Bagi mereka yang pernah kena chickenpox masa kecil dulu, virus ini masih bersisa dalam saraf kita tapi ia dalam fasa ‘tertidur’. Ini bermakna, keberangkalian untuk diserang penyakit seperti Justin ini berkurangan beranding orang yang tak pernah kena chickenpox waktu kecil.

Bagaimanapun, virus ini dapat kembali aktif jika sistem imun badan kita melemah dan boleh menyebabkan gejala di atas.

Jika sindrom ini gagal ditangani dengan cepat, pesakit mungkin boleh mengalami kesan jangka panjang seperti berikut:

  1. Kehilangan pendengaran kekal.
  2. Kelumpuhan wajah kekal.
  3. Penglihatan tak jelas.

Semoga kita semua dihindari dari sebarang penyakit yang boleh menjejaskan amal kita.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media