Justin Bieber Batalkan Beberapa Siri Konsert Jelajah Kerana Wajah Lumpuh Sebelah

Entertainment
11 Jun 2022 • 1:51 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Umum sedia tahu bahawa penyanyi terkenal antarabangsa Justin Bieber akan mengadakan konsert di Malaysia pada bulan Oktober tahun ini.

Akan tetapi, baru-baru ini, Justin mengumumkan bahawa dia akan membatalkan beberapa siri jelajahnya akibat faktor kesihatan yang dihadapi.

Difahamkan, Justin mengalami ‘kelumpuhan muka’ akibat sindrom Ramsay Hunt dan virus telah merosakkan saraf di bahagian telinganya.

Justin batalkan konsert jelajah

Setakat ini, beliau telah membatalkan persembahan di Toronto, Washington DC dan New York dalam jelajah Justice di Amerika Utara.

Dalam video yang dikongsikan Justin, dia menunjukkan kelumpuhan muka yang dihadapinya dan memerlukan masa untuk sembuh.

Beliau juga menyatakan bahawa masa yang dimiliki akan digunakan untuk berehat dan berjanji akan sihat sepenuhnya untuk peminat-peminat.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved