“Ini bahaya!” – Doktor Beri Amaran Jangan Guna Minyak Masak Berulang Kali, Ini Sebabnya

Health & Fitness
7 Jun 2022 • 12:04 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kalau ditanya para emak dengan harga barangan runcit seperti minyak masak yang kian meningkat, pastinya ada di antara mereka terpaksa memilih untuk menggunakan minyak masak yang terpakai berulang kali.

Walau bagaimanapun, korang tahu tak rupanya tindakan ni sangat membahayakan? Alamak…

image is not available

 

Boleh mengundang risiko dapat pelbagai penyakit

Menerusi perkongsian Dr Samhan di Twitter, penggunaan minyak masak secara berulang kali boleh mengundang risiko mendapat penyakit seperti:

  1. Atherosclerosis (salur darah tersumbat akibat jadi keras & tebal)
  2. Penyakit hati
  3. Penyakit jantung
  4. Alzheimer
  5. Parkinson
  6. Barah

image is not available

Hal ini kerana semasa menggoreng, minyak masak telah melepaskan sisa toksik yang dipanggil aldehydes yang tertinggal di dalam minyak. Makanan yang digoreng menggunakan minyak yang diguna semula menyerap sisa toksik itu.

 

Nak guna minyak masak terpakai boleh tapi…

Bagi korang yang nak guna minyak masak terpakai, sebenarnya boleh saja tetapi dinasihatkan untuk elakkan perkara-perkara seperti berikut:

Sebaiknya korang yang gunakan minyak masak berulang kali ini ambillah nasihat dari doktor ini dan kurangkan penggunaan. Jimat memang jimat tapi kesihatan lagi penting.

image is not available

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.