“Ingatkan Jurulatih Asing Lain, Rupanya 2×5..”- TMJ Tak Puas Hati Dengan Kim Pan-gon

6 Jun 2022 • 8:27 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Sabtu lepas, jurulatih pasukan kebangsaan, Kim Pan-gon akhirnya mengumumkan barisan akhir 23 pemain yang bakal membawa tugasan berat dalam Kelayakan Piala Asia 2023.

Selepas meneliti prestasi pemain dalam beberapa perlawanan persahabatan, Pan-gon hanya membawa 23 pemain dan menggugurkan beberapa pemain.

Antara yang digugurkan adalah, Kalamullah Al-Hafiz, R.Kogileswaran, Liridon Krasniqi, Afiq Fazali dan Shahrul Nizam.

TMJ tak puas hati dengan Pan-gon..

Bagaimanapun, pemain yang disenaraikan Pan-gon ini nampaknya tidak digemari oleh pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ).

Memetik laporan Malaysiagazette, TMJ menerusi satu kenyataan di Instagram melihat jurulatih tempatan dan asing tiada bezanya kerana masih memilih pemain yang tidak cukup minit permainan ketika mewakili skuad kebangsaan.

Ingatkan jurulatih asing lain, rupanya dua kali lima, satu minit tak main pun masuk dalam senarai. Asal JDT main tak main semua dia nak angkut. – Kata TMJ.

Apapun, sama-sama kita nantikan persembahan anak buah Pan-gon nanti dan kita harapkan agar corak permainan yang berbeza.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved