Dr Amalina Bakal Timang Cahaya Mata, Banyak Muntah Sehingga Hilang Berat Badan Masa Trimester Pertama

Entertainment
5 Jun 2022 • 9:43 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Setelah setahun berumah tangga, doktor kelahiran Malaysia yang kini berkhidmat di United Kingdom, Dr Amalina Che Bakri, mengesahkan beliau kini hamil anak pertama.

image is not available

Berita gembira berkenaan dikongsikan doktor itu sendiri menerusi satu perkongsian di Instagram semalam.

Dr Amalina turut memuat naik satu gambar dirinya bersama baby bump yang jelas kelihatan.

Alami trimester pertama dan awal trimester kedua yang sukar

Melalui perkongsian sama, Dr Amalina turut menceritakan pengalamannya semasa mula-mula hamil. Jelasnya, waktu kerja ‘on call’ yang lama dan pada masa yang sama sedang melengkapkan PhD adalah sukar dan memenatkan.

Doktor berusia 35 tahun itu berkongsi, beliau mengalami trimester pertama dan awal trimester kedua yang sukar. Tambahnya, beliau sering mengalami morning sickness dan muntah-muntah sehingga mengalami kekurangan berat badan.

“Benda yang sebelum ini selalu saya buat terasa sangat susah,” tulisnya.

Menerusi perkongsian sama, Dr Amalina turut meluahkan rasa syukur terhadap suaminya yang memberikan sokongan. Selain itu, ibu beliau juga sering memeriksa keadaannya dan sempat memasak banyak makanan Malaysia untuk disejuk bekukan sebelum dia pulang ke Malaysia.

Di akhir perkongsian, Dr Amalina memberitahu update terkini dimana keadaannya semakin baik dan beliau juga kini sedang menikmati perjalanan bakal bergelar ibu.

image is not available

Untuk pengetahuan, Dr Amalina telah melangsungkan perkahwinan dengan jejaka Inggeris, Alexander Charles pada 31 Mac tahun lalu di London Central Mosque.

Team Lobak Merah mengucapkan tahniah buat Dr Amalina dan suami serta mendoakan segala urusan beliau berjalan lancar. Amin.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.