Malaysia lawan Bahrain: Perkhidmatan LRT laluan Ampang/Sri Petaling dilanjut

10 Jun 2022 • 12:35 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUALA LUMPUR, 10 JUN: Perkhidmatan sistem Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Ampang/Sri Petaling akan dilanjutkan sempena perlawanan Kelayakan Piala Asia 2023 Malaysia menentang Bahrain di Stadium Nasional Bukit Jalil, esok.

Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) dalam kenyataan hari ini memaklumkan tren terakhir menuju ke Sentul Timur akan berlepas pada 12.03 tengah malam manakala ke Putra Heights pada 12.44 tengah malam.

Menurut Rapid Rail, tren tambahan akan disediakan kepada penumpang selepas tamat perlawanan.

“Penumpang boleh meneruskan perjalanan ke LRT laluan Kelana Jaya di Stesen Masjid Jamek dan ke Transit Aliran Massa (MRT) laluan Kajang di Stesen Plaza Rakyat,” menurut kenyataan itu.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved