
Kota Kinabalu: Masyarakat Kadazandusun dan Murut (KDM) mahu polis bertindak tegas dengan membuat siasatan telus terhadap tindakan ‘kumpulan ghaib’ yang terus menerus menghina adat dan wanita orang asal di negeri ini.
Presiden Persatuan Pengamal Adat Tradisional Sabah (Sunduan Nabalu), Shalmon Sanangan (kiri) berkata, apa yang dikatakan pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama ‘Muhammad Hafiz’ adalah penghinaan besar kepada masyarakat KDM.
“Polis mesti bertindak tegas. Siasatan mesti dibuka untuk mencari orang yang melakukan penghinaan ini ke atas orang-orang asal di negeri ini.

