Janda Enggan Terima Pinangan, Si Anak Maut Dicekik Teman Lelaki Kerana Dendam

WorldEntertainment
9 Jun 2022 • 10:00 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Gara-gara enggan menerima pinangan, anak kepada seorang wanita bergelar ibu tunggal menemui ajal kerana dicekik oleh seorang lelaki angkara dendam.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di sebuah Daerah Bungo, Jambi, Indonesia seperti laporan Tribun News.

Lelaki berusia 56 tahun itu pada mulanya ‘memancing’ anak kepada wanita itu untuk membeli mercun bersama-sama namun membawanya ke hotel untuk melakukan perbuatan jahatnya itu.

image is not available

Sumber : Google  

Mangsa yang berusia 5 tahun itu kemudian dibunuh dengan kejam dengan cara mencekik lehernya.

Tidak habis dengan itu, si lelaki yang kecewa kerana ditolak cintanya oleh ibu mangsa cuba untuk meminum racun tikus dengan niat untuk menamatkan riwayat hidupnya sendiri.

Namun, cubaan tersebut gagal dan akhirnya suspek menyerah diri kepada pihak polis.

Menurut Ketua Polis daerah Bungo, suspek bermotifkan balas dendam kerana sering gagal dalam percintaan dan juga berhabis banyak duit untuk ibu mangsa namun ketika mengajaknya untuk bernikah, wanita berkenaan menolak permintaan suspek mentah-mentah.

Trauma memikirkan wanita berkenaan mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain, suspek nekad untuk membunuh anak teman wanitanya itu.

image is not available 21 jam lalu

"Kecewa Lelaki Gatal" - Pemilik Kedai Gunting Rambut Nafi Tawar 'Service' Istimewa, Semua Hanya Promosi