Viral Pakcik Tengking Pengguna MRT, Siap ‘Claim’ Tempat Duduk Lagi Dalam Pengangkutan Awam

Entertainment
12 Jun 2022 • 12:59 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Konsep siapa cepat dia dapat memang digunakan secara meluas jika kita menggunakan pengangkutan awam seperti LRT, MRT, bas dan KTM. Sebab semua orang penat balik kerja kan, jadi mana-mana seat yang kosong tu memang jadi rebutan ramai.

Lain pula ceritanya buat seorang pak cik ini apabila dia bertindak menengking seorang wanita yang juga merupakan pengguna MRT baru-baru ini.

Menerusi perkongsian seorang wanita yang dikenali sebagai @chnrsyrn di Twitter beberapa hari lepas, dia telah ditengking oleh lelaki yang dah berumur di mana pakcik tersebut telah menanda tempat duduk yang telah diduduki orang lain di dalam MRT itu sebagai miliknya sedangkan ada banyak lagi seat lain yang kosong pada ketika itu.

image is not available

Rata-rata netizen lain juga turut berkongsikan pengalaman yang sama di mana mereka turut ditengking oleh pakcik tersebut.

image is not available

 

Rupa-rupanya, pakcik itu memang dah banyak kali marah dan tengking orang lain di dalam pengangkutan awam walaupun orang tu tak ada buat salah pun.

Difahamkan, pakcik tersebut merupakan seorang warga asing.

image is not available

Kejadian ini dikatakan telah berlaku di dalam MRT laluan dari Kajang ke Kwasa Sentral.

Jadi, orang ramai yang menaiki MRT di laluan berkenaan diminta untuk lebih berhati-hati.

Ada juga netizen yang mengatakan bahawa pakcik berkenaan sebenarnya tidak sihat.

Apa-apa pun, harap korang semua hati-hati la ya.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article