Pencari jodoh dalam talian naik tiga kali ganda ketika PKP

11 Jun 2022 • 10:01 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 11 JUN: Pendaftaran mencari jodoh menerusi dalam talian meningkat tiga kali ganda sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dua tahun lalu.

Pengarah Urusan Baituljannah.com, Dr Wan Hasifi Amin Wan Zaidon berkata laman sesawang kendaliannya menerima kira-kira 6,000 penyertaan dalam satu hari.

“Daripada jumlah itu, 90 peratus adalah golongan wanita.

“Namun kini pengguna kembali normal dan pendaftar golongan lelaki meningkat kepada 40 peratus, agak seimbang berbanding sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi program Borak Santai ‘Jodoh Online: Mencari Bahagia atau Sengsara’ yang disiar secara langsung menerusi Facebook Media Selangor malam tadi.

Dr Wan Hasifi Amin yang baharu tersenarai dalam Forbes 30 Bawah 30 Asia turut memberi jaminan pengguna Baituljannah.com selamat daripada sebarang penipuan.

Beliau berkata pengguna tidak perlu bimbang kerana segala maklumat terjaga dan hanya dikongsi apabila mencapai tahap yang ditetapkan.

“Memang ada pasangan yang cuba menipu dan tidak jujur tetapi kes terpencil. Jangan malu dan ragu-ragu untuk menggunakan carian jodoh atas talian.

“Laman web kita bukanlah seperti aplikasi ‘dating’ yang sekadar borak bebas tanpa pemerhatian. Kita kini sedang mengkaji penggunaan panggilan video yang juga dipantau orang ketiga,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved